
KUTIPAN – Tamadun Melayu kaya dengan warisan seni dan kesusasteraan yang telah berkembang sejak berabad-abad lamanya. Kesenian dan kesusasteraan bukan sahaja mencerminkan kehalusan budaya Melayu tetapi juga berfungsi sebagai medium untuk menyampaikan nilai, ajaran, dan sejarah kepada generasi seterusnya. Walaupun dunia moden semakin berkembang, warisan ini masih bertahan dan terus dihargai dalam pelbagai bentuk.
Kesenian dalam Tamadun Melayu
Kesenian Melayu merangkumi bernagai aspek, termasuk muzik, tarian, seni ukir, dan seni bina.
Muzik dan Tarian
Muzik tradisional seperti Gamelan, Nobat, dan Angklung dimainkan dalam majlis rasmi dan keagamaan. Tarian seperti zapin, joget, dan mak yong menggambarkan keunikan budaya Melayu serta sering dikaitkan dengan unsur Islam dan mitologi tempatan.
Seni Ukir dan Kraftangan
Seni ukir kayu dan logam dapat dilihat pada rumah tradisional, masjid, dan istana Melayu. Kraftangan seperti batik, songket, dan tenunan merupakan hasil seni yang diwarisi turun-temurun.

Seni Bina Melayu
Rumah tradisional Melayu dibina dengan mengambil kira faktor alam sekitar, seperti penggunaan kayu dan reka bentuk yang membolehkan pengudaraan semula jadi. Masjid-masjid Melayu mempunyai seni bina unik yang menggabungkan unsur tempatan dengan pengaruh Islam, seperti Masjid Kampung Laut di Kelantan.
Kesusasteraan dalam Tamadun Melayu
Kesusasteraan Melayu berkembang melalui pelbagai genre, dari hikayat dan syair hingga pantun dan gurindam.
Hikayat dan Sejarah
Hikayat Hang Tuah dan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) menggambarkan nilai kepahlawanan dan kebijaksanaan orang Melayuu. Hikayat-hikayat ini bukan sekadar cerita tetapi juga berperanan sebagai catatan sejarah dan falsafah kehidupan.
Puisi dan Pantun
Pantun Melayu terkenal dengan keindahan bahasanya dan digunakan dalam pelbagai konteks, termasuk adat perkawinan dan perbualan harian. Syair dan gurindam pula sering mengandung unsur pengajaran dan nasihat.
Kesusasteraan Islam
Setelah kedatangan Islam, kesusasteraan Melayu banyak dipengaruhi oleh ajaran agama, seperti dalam kitab-kitab nasihat dan puisi Islam seperti Hikayat Nabi Yusuf dan Gurindam Dua Belas oleh Raja Ali Haji.
Kelangsungan dan Cabaran
Walaupun seni dan sastra Melayu masih dipelihara, ia menghadapi cabaran seperti pengaruh budaya asing yang semakin mendominasi media dan hiburan, kurangnya minat generasi muda dalam mempelajari dan menghayati warisan seni dan sastera tradisional, dan memodenan dan globalisasi yang mengubah cara seni dan sastera disampaikan dan dihargai.
Kesimpulan
Kesenian dan kesusasteraan dalam Tamadun Melayu merupakan khazanah budaya yang harus terus dilestarikan. Ia bukan sekadar hiburan tetapi juga sebahagian daripada identiti bangsa yang mencerminkan sejarah, nilai, dan jati diri masyarakat Melayu. Melalui usaha pendidikan, dokumentasi, dan pengadaptasian ke dalam bentuk moden, warisan ini dapat terus berkembang dan dihargai oleh generasi akan datang.
Penulis : Adinda Fiddiawaty